Βahasa melayu (Malay)

 

 

 Greece, muziumyang hidup oleh.

Teater unik ini memulihara sastera rakyatKurier Unesco, 03/1996, pp 34-35.

 

 Di atas Bukit Philopappus yang dipenuhi pohon pain, setentang dengan Acropo­lis di Athens terdapat teater di lapangan terbuka yang kini menjadi institusi terkenal. Ia menempatkan Dora Stratou Theatre of Greek Dances yang diasaskan pada tahun 1953. Secara tepat ia digelar “muzium hidup tarian Greek” kerana ia sekaligus menjadi muzium, teater, institut penyelidikan, sekolah dan tentu sekali kumpulan tarian.
   Teater ini unik termasuk dari segi cara ia melatih penari. Setiap tahun pada bulan Januari, para penari dari seluruh Greek datang ke teater itu dan membuat latihan bersama-sama dengan anggota yang lebih lama. Mereka berlatih selama tiga bulan. Sesiapa yang tidak menunjukkan pencapaian tinggi terpaksa mengundurkan diri. Proses ini menyebabkan bilangan menjadi tiga puluh. Daripada kumpulan ini, pilihan akhir dibuat sebelum persembahan bermula pada bulan Mei.
   Apabila menjadi anggota kumpulan, para penari dikehendaki bekerja tiga jam setiap hari (termasuk latihan dan persembahan), tujuh hari seminggu untuk selama lima bulan sepanjang musim bunga. Oleh kerana diberi bayaran kecil untuk menampung biaya, ternyata bahawa tugas ini hasil daripada rasa cinta.
   Apa yang dilihat oleh khalayak setiap malam ialah hasil gigih berbulan-bulan -bukan sahaja latihan tetapi juga penyelidikan. Setiap langkah yang dibuat menggambarkan asal-usul sejarah dan budaya desa.
   Proses ini bermula apabila teater itu merancang untuk membuat persembahan di tempat-tempat tertentu di desa atau pulau. Sekumpulan pakar sastera rakyat dihantar untuk membuat kajian tentang sejarah dan tradisi rakyat di kawasan itu. Kemudian kumpulan lain akan menyertai mereka bagi membuat hubungan dengan orang tempatan dan mengkaji budaya mereka.
   Mereka membuat wawancara tidak formal kepada golongan tua dan mereka juga digalakkan membuat persembahan muzik serta tarian tradisi untuk tetamu mereka. Muzik dan tarian itu direkodkan untuk dibawa balik ke Athens agar dapat dikaji.
   Sekumpulan orang kampung juga dijemput ke Athens supaya anggota kumpulan tarian dapat menari dan bermain muzik dengan mereka. Sebagai “duta muhibah” tidak rasmi, mereka biasanya merasa amat bangga dan memberi sokongan. Kini kumpulan tarian itu mempunyai lapan puluh kampung yang berbeza dalam senarainya dan setiap tahun akan bertambah satu atau dua.
   Prinsip yang digunakan dalam tarian juga digunakan dalam muzik. Tumpuan khas diberi kepada cara menyanyi yang unik dan cara memainkan alat muzik popular. Teater itu mempunyai dua penyanyi dan lima belas pemuzik rakyat yang berlatih dan membuat persembahan saban hari. Muzik yang direkodkan tidak digunakan untuk menjaga hubungan baik antara penari dengan pemuzik yang begitu penting dalam budaya rakyat.
   Tumpuan besar juga diberi pada pakaian. Teater itu mempunyai koleksi pakaian tradisi Greek yang paling besar di seluruh negara iaitu 2,500. Sebahagian daripadanya berusia antara lima puluh hingga seratus tahun. Pakaian itu tidak dapat dibeli dikedai. Ia sama ada dijual kepada teater oleh orang kampung atau orang kampung diminta untuk membuatnya dengan menggunakan kaedah jahitan, sulaman dan pewarna tradisional.
   Sebagai “pemulihara tarian tradisi Greek” dan pusat budaya sastera rakyat Greek, aktiviti pentingnya termasuk menyebarkan mesej-mesej tarian menerusi kursus permulaan, tinggi dan untuk kanak-kanak. Bengkel-bengkel hujung minggu juga diadakan bagi tarian, muzik dan pakaian dari wilayah tertentu. Kursus musim pantas juga dijalankan untuk orang bukan Greek dari negara-negara lain yang ingin menggabungkan tarian Greek tradisi dengan tarian tempatan mereka; ini merupakan cara yang baik untuk memastikan tarian tradisi Greek terus hidup di seluruh dunia.
   Akhir sekali, teater itu berfungsi sebagai badan penerbitan. la telah menerbitkan empat puluh lima rekod dan kaset serta banyak buku etnografi yang semuanya tentang tarian, pakaian dan muzik Greek.
                                                                                      
Alkis Raftis

 

ialah sosiologis Greek yang menjadi Presiden Dora Stratou Theatre Of Greek Dances di Athens. Beliau ahli Majlis Tarian Antarabangsa dan telah menulis beberapa karya tentang tarian termasuk The World of Greek Dance(1987).

 

 

RaftisA01MY

RaftisA01-1

Raftis-A01-2